Ahad, 23 Oktober 2011

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1



Mata Pelajaran                :Dunia Sains dan Teknologi
Kelas                               :1Merah
   Masa                               :10.30-11.30pagi (1 Jam)
  Bilangan Murid                 :40 orang
  Tajuk                              :Tumbuh-tumbuhan
  Objektif Pembelajaran    :Di akhir pengajaran murid-murid dapat:
   1.     Mengetahui bagaimana pokok ditanam.
  2.    Mengetahui cara-cara menanam pokok.
 3.    Menyedari bahawa tumbuhan adalah ciptaan Tuhan.
Konsep/Hukum teori :Dapat mengetahui cara-cara menanam pokok dan  
                                menyedari  bahawa tumbuh-tumbuhan adalah  
                                ciptaan Tuhan.                       
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1.     Carta cara-cara menanam pokok.
2.    Tanah, baja, biji benih, keratan batang, daun, air dan penyodok kecil dan sarung tangan.
Langkah berjaga-jaga: Murid-murid diingatkan supaya mematuhi arahan guru semasa 
                                 menjalankan aktiviti menanam pokok dan menggunakan   
                                 peralatan  dengan betul.





Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/ Mencungkil idea
(5 min)
Mengetahui bagaimana tumbuhan ditanam, contohnya melalui biji benih, keratan batang dan daun.
Guru bertanya tentang pokok ditanam dan mengemukakan soalan, contohnya : bagaimanakah pokok ini ditanam? dan lain-lain.

Murid-murid melihat carta yang ditunjukkan.
Murid-murid menjalankan aktiviti di Makmal Sains.
Menstruktur semula
(40 min)
Mengetahui cara-cara menanam pokok.
Guru menunjukkan cara-cara menanam pokok betik dan pokok serai.

Guru membahagikan murid-murid kepada 8 kumpulan.

Guru mengedarkan bahan-bahan dan peralatan tanaman kepada setiap kumpulan.

Murid-murid melihat tunjukcara guru.

Murid-murid berada dalam kumpulan dan mendengar penerangan.
Murid-murid akan bersoal jawab dengan guru setelah melihat tunjukcara guru.
Aplikasi Idea
(10 min)
Mempelajari cara-cara menanam pokok daripada anak  pokok, biji benih, keratan batang dan daun.
Guru melihat aktiviti  murid menanam pokok mengikut kumpulan.
Murid-murid menanam pokok secara berkumpulan samada dengan biji benih, anak pokok, keratan batang atau daun.



Murid-murid aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan
Refleksi/
Penutup
(5min)
Mengetahui bagaimana pokok ditanam.
Guru menerangkan giliran tugas menyiram tanaman mengikut giliran dalam kumpulan.
Murid-murid akan mematuhi arahan  giliran tugas supaya pokok tumbuh dengan subur.



Murid-murid akan memerhatikan pertumbuhan tanaman mereka setiap hari.

 
Refleksi selepas pengajaran.
 
      1 .     (A) Perkara yang baik dalam pengajaran.

 1.1    Suasana pembelajaran di luar bilik darjah.
Pendekatan pengajaran di luar bilik darjah (Taman Sains Sekolah) telah berjaya merangsang minat murid untuk memahami isi pelajaran pada kadar maksima. Kaedah pembelajaran seperti ini telah berjaya membawa murid menerokai alam semula jadi yang sebenar.Murid kelihatan sangat seronok untuk belajar dan memberi komitmen yang sangat baik kepada guru bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Dalam situasi ini murid dapat melihat, menyentuh dan mengalami sendiri maksud isi pelajaran seperti menyentuh daun,batang,bunga,buah dan biji serta murid berpeluang menanam sendiri tumbuhan di sekolah dan di rumah.

1.2   Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk ini guru telah berjaya menerapkan nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.Contoh nilai yang berjaya diterap ialah konsep kerjasama dalam kumpulan seperti mereka memberi komitmen yang baik di antara ahli kumpulan semasa aktiviti menanam pokok.
Contoh nilai seterusnya ialah mematuhi arahan guru. Murid-murid kelihatan berdisiplin dan mematuhi setiap arahan guru seperti larangan guru memetik sebarang tumbuhan yang ada di Taman Sains.
Guru juga  berjaya menerap nilai bersyukur seperti menghargai sumbangan alam sekitar kepada kehidupan manusia dan keseimbangan alam.
1 (B) Perkara yang boleh dibaiki.
1.3   Masa pengajaran yang kurang sesuai.
Memandangkan masa pengajaran dan pembelajaran ini berjalan pada pukul 10.30 -11.30 pada setiap minggu, tumpuan murid kurang kerana keadaan cuaca di Taman Sains yang agak panas.
2.Pengajaran guru boleh dibaiki dengan cara :
           2.1  Guru  menetapkan masa ketika aktiviti di Taman Sains mengelakkan murid     
                   berada  lama di Taman Sains terutama ketika cuaca panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan