Selasa, 29 November 2011

Lagu Motivasi Engkau Boleh


Rancangan Persediaan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5



Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 5 Biru
Bilangan pelajar : 38 orang
Tema : 3 (Mengenal Negara Kita)
Sub. Topik : Tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid mengetahui nama-nama haiwan dan tumbuh-
                                           tumbuhan.
                                       2. Murid berkebolehan dalam menggunakan computer contohnya
                                           internet.
                                       3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Power Point, MS
                                           Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid-
                                  murid dapat :
                                  1. Menyatakan 3 daripada 5 jenis hutan semulajadi di Malaysia.
                                  2. Menamakan 4 jenis tumbuhan daripada 5 jenis hutan semulajadi
                                      di Malaysia.
                                  3. Menamakan 3 contoh hidupan liar daripada 5 jenis hutan
                                      semulajadi di Malaysia.
                                  4. Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian MS Word, MS
                                      Excel, MS Power Point dan internet.
Isi-isi pelajaran : 1. Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                               yang terdapat di Malaysia.
                            2. Menjelaskan jenis habitat tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan
                                liar.
Unsur patriotisme : 1. Berbangga dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                                    yang terdapat di Malaysia.
                                2. Menghargai kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
                                    hidupan liar.
Media pengajaran : Komputer, projector LCD  dan lembaran kerja.
Bahan rujukan : Peta Malaysia, Buku Teks Kajian Tempatan tahun 5, Internet.
Langkah-langkah Keselamatan : Memastikan murid-murid mengikuti peraturan
                                                     penggunaan komputer dengan betul.
Set Induksi (5 minit) :
            - Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar.
            - Persembahan movie maker sebagai bahan bantu mengajar yang mengaitkan
              tajuk pelajaran.
            - Soalan-soalan yang dikemukakan :
                        i) Apa yang anda dapat lihat?
                        ii) Apakah nama haiwan-haiwan liar yang telah anda lihat dalam gambar
                            tersebut?
                        iii) Namakan jenis-jenis hutan yang anda lihat?
                        iv) Apakah nama tumbuhan yang anda dapat lihat dari gambar yang
                            ditunjukkan.
             - Murid memerhati, berfikir dan memberi maklum balas mengenai gambar yang
               ditunjukkan.

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 4


Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 4 Biru
Bilangan pelajar : 35 orang
Tema : 1. RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA
Topik : 1.3. Jenis-jenis rumah di Malaysia
Perincian : Rumah-rumah di Malaysia
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid mengetahui sejarah awal penempatan manusia, rumah                                               di Malaysia dan Negara lain.
                                       2. Murid berkebolehan dalam menggunakan komputer contohnya 
                                           internet dan email.
                                       3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Powerpoint,
                                           MS Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid-                                            murid dapat:
                                    1.   Menyatakan 3 daripada 5 jenis reka bentuk rumah di Malaysia.
                                    2.   Menamakan 4 daripada 5 contoh rumah di Malaysia.
                                    3.   Menamakan 2 contoh rumah moden di Malaysia.
                                    4.   Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian MS Word,
                                          MS Excel dan MS Powerpoint.
Isi-isi pelajaran :         1.   Menyatakan jenis-jenis rumah di Malaysia.
                                   2.   Menamakan contoh rumah tradisional dan rumah moden
                                         di Malaysia.
                                   3.   Menyatakan rekabentuk dan keistimewaan jenis-jenis rumah.
Unsur patriotisme :    1.   Berbangga dengan nilaiestetika seni binaan rumah di Negara
                                         kita.
                                   2.   Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri.
Media pengajaran :  Komputer, projekter LCD, CD dan lembaran kerja.
Bahan rujukan :  Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Tahun
                            4, internet.
Langkah-langkah keselamatan : Pastikan murid-murid mengikuti peraturan penggunaan
                                                    komputer dengan betul.

Sabtu, 26 November 2011

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun 5

  Nama Kelas     :   Lima Hijau
  Tema                :   Persekitaran
  Tajuk                :   Haiwan kesayangku
 
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
  1. Menyampaikan cerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai berdasarkan petikan .
  2. Melakonkan watak-watak secara spontan berdasarkan tajuk.
  3. Menulis ayat berdasarkan gambar atau ilustrasi yang dihasilkan.
 
Fokus utama :
  3.3  Aras       1 (ii)  Menyampaikan cerita dengan diksi yang telah dipilih.
  2.0 Aras       3 (i)   Menerangkan watak dalam cerita.

Fokus Sampingan :
   8.4 Aras       2(i)    Membina ayat huraian berdasarkan isi utama.

Kemahiran Bahasa :  Mendengar dan Bertutur, Membaca
 
Sistem Bahasa      : Tatabahasa – kata kerja dan kata adjektif
 
Kosa Kata            : dimakan, kecil, tulang

Pengetahuan sedia ada :      
  1. Pernah ikan dan memelihara ikan di rumah
  2. Pengalaman pergi ke pasar tani menjual pelbagai jenis ikan
  3. Murid pernah melakukan aktiviti menyanyi dan bercerita serta lakonan sambil membuat pergerakan.

Ilmu : Sastera, sains, kreativiti,sosioemosi, pendidikan moral
 
Nilai : Kesyukuran, kasih sayang, mencintai alam dan menghargai persekitaran
 
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):         
 
Kecerdasan Pelbagai – Verbal-Linguistik
 
Kemahiran Berfikir – Menjana Idea

Pengabungjalinan / hubungkait : Seni dalam pendidikan
                                   Muzik : Nyanyian Ikan Kekek
                           Seni Visual : Menghasilkan ilustrasi berdasarkan tajuk
                                                  Ikan-ikanku
                           Pergerakan : Melakukan gerakan kreatif gaya ikan
 
BMB      : Power point, petikan, kertas manila, warna krayon, rakaman muzik

Rabu, 23 November 2011

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

Set induksi untuk video dan lirik lagu "Sayang Semuanya".




  • Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan.
  • Tahun 5
  • TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA
  • Tajuk A : Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
  • Unit 3 : Tanggungjawabku Terhadap Keluarga
  • Aktiviti 3A – Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
0    Menerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.
0    Memainkan peranan sebagai anggota keluarga asas.
0    Bertanggungjawab terhadap anggota keluarga asas.

Set Induksi (5 minit)
0   Murid memerhatikan video serta lirik lagu “Sayang Semuanya” yang ditayangkanmelalui LCD
0    Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.
0    Guru dan murid bersoal jawab mengenai lirik lagu dan seterusnya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
     Nilai Hormat-menghormati &  Kerjasama

Langkah 1 (10 minit)
0    Guru memaparkan gambar aktiviti mengemas rumah. Murid diminta meneliti        
       gambar dan menerangkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga  
       berdasarkan pengalaman sedia ada murid.
0     Berdasarkan gambar, tarik perhatian murid untuk memahami peranan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga.
0    Guru nenerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.

Langkah 2 (20  minit)
0     Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
0     Material monitor mengambil kad aktiviti/situasi dari meja guru.
0     Murid membuat perbincangan tentang watak yang akan dimainkan oleh setiap ahli dalam kumpulan.
0     Dengan isyarat guru , murid melakonkan peranan masing-masing seperti yang ditetapkan mengikut situasi dalam kad situasi/aktiviti.
0     Setiap kumpulan dibahagikan dengan kad situasi yang berikut ;
0     Situasi 1 : Di ruang tamu
0     Situasi 2 : Mencuci Kereta
0     Situasi 3 : Membersihkan Kawasan Rumah
0                 Situasi 4 : Mengemaskan Bilik Tidur

Langkah 3 (20 minit)Menghasilkan Buku Skrap Keluarga Asas
0    Murid dibahagi kepada empat kumpulan.
0    Material monitor mengambil pen marker, kertas template buku skrap, gunting, gam dan gambar-gambar dari meja guru.
0    Guru menunjukkan contoh buku skrap keluarga yang bertujuan untuk mengenali dan menghargai anggota keluarga asas kepada murid.
0    Berdasarkan contoh dan penerangan guru, murid diminta secara individu menghasilkan sebuah buku skap mengenai profil keluarga masing-masing dengan berlatarbelakangkan muzik.
0    Murid membuat gallery tour supaya dapat memerhatikan buku skrap yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain.
0    Murid secara rawak diminta merumuskan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Penutup (5 minit)
0    Guru bersama-sama muridmembuat rumusan bahawa keluarga akan bertambah erat sekiranya setiap anggota keluarga menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
0    Murid  sekali lagi menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.



Refleksi : 


      Murid merasa seronok aktiviti pengajaran di adakan di makmal komputer. Murid juga merasa seronok apabila menyanyi ketika set induksi dan penutup dilakukan. Selain daripada itu murid lebih mempunyai perasaan ingin tahu apabila mengajar menggunakan slaid show power point.

    Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran ialah guru telah berjaya menerap nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan melalui aktviti membuat buku skrap dalam kumpulan. Nilai positif iaitu kerjasama dan bertolak ansur.

       Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.