Rabu, 23 November 2011

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

Set induksi untuk video dan lirik lagu "Sayang Semuanya".




  • Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan.
  • Tahun 5
  • TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA
  • Tajuk A : Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
  • Unit 3 : Tanggungjawabku Terhadap Keluarga
  • Aktiviti 3A – Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
0    Menerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.
0    Memainkan peranan sebagai anggota keluarga asas.
0    Bertanggungjawab terhadap anggota keluarga asas.

Set Induksi (5 minit)
0   Murid memerhatikan video serta lirik lagu “Sayang Semuanya” yang ditayangkanmelalui LCD
0    Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.
0    Guru dan murid bersoal jawab mengenai lirik lagu dan seterusnya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
     Nilai Hormat-menghormati &  Kerjasama

Langkah 1 (10 minit)
0    Guru memaparkan gambar aktiviti mengemas rumah. Murid diminta meneliti        
       gambar dan menerangkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga  
       berdasarkan pengalaman sedia ada murid.
0     Berdasarkan gambar, tarik perhatian murid untuk memahami peranan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga.
0    Guru nenerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.

Langkah 2 (20  minit)
0     Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
0     Material monitor mengambil kad aktiviti/situasi dari meja guru.
0     Murid membuat perbincangan tentang watak yang akan dimainkan oleh setiap ahli dalam kumpulan.
0     Dengan isyarat guru , murid melakonkan peranan masing-masing seperti yang ditetapkan mengikut situasi dalam kad situasi/aktiviti.
0     Setiap kumpulan dibahagikan dengan kad situasi yang berikut ;
0     Situasi 1 : Di ruang tamu
0     Situasi 2 : Mencuci Kereta
0     Situasi 3 : Membersihkan Kawasan Rumah
0                 Situasi 4 : Mengemaskan Bilik Tidur

Langkah 3 (20 minit)Menghasilkan Buku Skrap Keluarga Asas
0    Murid dibahagi kepada empat kumpulan.
0    Material monitor mengambil pen marker, kertas template buku skrap, gunting, gam dan gambar-gambar dari meja guru.
0    Guru menunjukkan contoh buku skrap keluarga yang bertujuan untuk mengenali dan menghargai anggota keluarga asas kepada murid.
0    Berdasarkan contoh dan penerangan guru, murid diminta secara individu menghasilkan sebuah buku skap mengenai profil keluarga masing-masing dengan berlatarbelakangkan muzik.
0    Murid membuat gallery tour supaya dapat memerhatikan buku skrap yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain.
0    Murid secara rawak diminta merumuskan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Penutup (5 minit)
0    Guru bersama-sama muridmembuat rumusan bahawa keluarga akan bertambah erat sekiranya setiap anggota keluarga menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
0    Murid  sekali lagi menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.



Refleksi : 


      Murid merasa seronok aktiviti pengajaran di adakan di makmal komputer. Murid juga merasa seronok apabila menyanyi ketika set induksi dan penutup dilakukan. Selain daripada itu murid lebih mempunyai perasaan ingin tahu apabila mengajar menggunakan slaid show power point.

    Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran ialah guru telah berjaya menerap nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan melalui aktviti membuat buku skrap dalam kumpulan. Nilai positif iaitu kerjasama dan bertolak ansur.

       Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan