Osman Bin Zunaidi KRT3013 Kumpulan EL-Q01 (D20102042834)
Selasa, 29 November 2011
Rancangan Persediaan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5
Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 5 Biru
Bilangan pelajar : 38 orang
Tema : 3 (Mengenal Negara Kita)
Sub. Topik : Tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid mengetahui nama-nama haiwan dan tumbuh-
tumbuhan.
2. Murid berkebolehan dalam menggunakan computer contohnya
internet.
3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Power Point, MS
Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid-
murid dapat :
1. Menyatakan 3 daripada 5 jenis hutan semulajadi di Malaysia.
2. Menamakan 4 jenis tumbuhan daripada 5 jenis hutan semulajadi
di Malaysia.
3. Menamakan 3 contoh hidupan liar daripada 5 jenis hutan
semulajadi di Malaysia.
4. Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian MS Word, MS
Excel, MS Power Point dan internet.
Isi-isi pelajaran : 1. Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
yang terdapat di Malaysia.
2. Menjelaskan jenis habitat tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan
liar.
Unsur patriotisme : 1. Berbangga dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
yang terdapat di Malaysia.
2. Menghargai kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
hidupan liar.
Media pengajaran : Komputer, projector LCD dan lembaran kerja.
Bahan rujukan : Peta Malaysia, Buku Teks Kajian Tempatan tahun 5, Internet.
Langkah-langkah Keselamatan : Memastikan murid-murid mengikuti peraturan
penggunaan komputer dengan betul.
Set Induksi (5 minit) :
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar.
- Persembahan movie maker sebagai bahan bantu mengajar yang mengaitkan
tajuk pelajaran.
- Soalan-soalan yang dikemukakan :
i) Apa yang anda dapat lihat?
ii) Apakah nama haiwan-haiwan liar yang telah anda lihat dalam gambar
tersebut?
iii) Namakan jenis-jenis hutan yang anda lihat?
iv) Apakah nama tumbuhan yang anda dapat lihat dari gambar yang
ditunjukkan.
- Murid memerhati, berfikir dan memberi maklum balas mengenai gambar yang
ditunjukkan.
Rancangan Persediaan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 4
Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 4 Biru
Bilangan pelajar : 35 orang
Tema : 1. RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN
ASAS MANUSIA
Topik : 1.3. Jenis-jenis rumah di Malaysia
Perincian : Rumah-rumah di Malaysia
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid
mengetahui sejarah awal penempatan manusia, rumah di Malaysia dan Negara lain.
2. Murid berkebolehan dalam menggunakan
komputer contohnya
internet dan email.
3. Murid boleh menggunakan
perisian asas MS Powerpoint,
MS Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir
proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid- murid dapat:
1.
Menyatakan 3 daripada 5 jenis reka bentuk rumah di Malaysia.
2. Menamakan 4 daripada 5 contoh rumah di Malaysia.
3. Menamakan 2 contoh rumah moden di Malaysia.
4. Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian
MS Word,
MS Excel dan MS Powerpoint.
Isi-isi pelajaran : 1. Menyatakan jenis-jenis rumah di Malaysia.
2. Menamakan contoh rumah tradisional dan rumah
moden
di
Malaysia.
3.
Menyatakan rekabentuk dan keistimewaan jenis-jenis rumah.
Unsur patriotisme : 1.
Berbangga dengan nilaiestetika seni binaan rumah di Negara
kita.
2.
Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri.
Media pengajaran : Komputer, projekter LCD, CD dan lembaran
kerja.
Bahan rujukan : Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4, Huraian
Sukatan Pelajaran Tahun
4, internet.
Langkah-langkah keselamatan :
Pastikan murid-murid mengikuti peraturan penggunaan
komputer dengan betul.
Isnin, 28 November 2011
Sabtu, 26 November 2011
Rancangan Persediaan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun 5
Rancangan Persediaan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun 5
Nama Kelas :
Lima Hijau
Tema : Persekitaran
Tajuk : Haiwan kesayangku
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
1. Menyampaikan
cerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai berdasarkan petikan .
2. Melakonkan
watak-watak secara spontan berdasarkan tajuk.
3. Menulis ayat
berdasarkan gambar atau ilustrasi yang dihasilkan.
Fokus utama :
3.3 Aras
1 (ii) Menyampaikan cerita dengan
diksi yang telah dipilih.
2.0 Aras 3 (i)
Menerangkan watak dalam cerita.
Fokus Sampingan :
8.4 Aras 2(i)
Membina ayat huraian berdasarkan isi utama.
Kemahiran Bahasa :
Mendengar dan Bertutur, Membaca
Sistem Bahasa :
Tatabahasa – kata kerja dan kata adjektif
Kosa Kata :
dimakan, kecil, tulang
Pengetahuan sedia ada :
1. Pernah ikan dan
memelihara ikan di rumah
2. Pengalaman pergi
ke pasar tani menjual pelbagai jenis ikan
3. Murid pernah
melakukan aktiviti menyanyi dan bercerita serta lakonan sambil membuat
pergerakan.
Ilmu : Sastera, sains, kreativiti,sosioemosi, pendidikan
moral
Nilai : Kesyukuran, kasih sayang, mencintai alam dan
menghargai persekitaran
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
Kecerdasan Pelbagai – Verbal-Linguistik
Kemahiran Berfikir – Menjana Idea
Pengabungjalinan / hubungkait : Seni dalam pendidikan
Muzik :
Nyanyian Ikan Kekek
Seni Visual : Menghasilkan ilustrasi berdasarkan tajuk
Ikan-ikanku
Pergerakan : Melakukan gerakan kreatif gaya ikan
BMB : Power
point, petikan, kertas manila, warna krayon, rakaman muzik
Rabu, 23 November 2011
Rancangan Persediaan Mengajar Harian Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.
Set induksi untuk video dan lirik lagu "Sayang Semuanya".
- Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan.
- Tahun 5
- TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA
- Tajuk A : Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
- Unit 3 : Tanggungjawabku Terhadap Keluarga
- Aktiviti 3A – Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
0 Menerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.
0 Memainkan peranan sebagai anggota keluarga asas.
0 Bertanggungjawab terhadap anggota keluarga asas.
Set Induksi (5 minit)
0 Murid memerhatikan video serta lirik lagu “Sayang Semuanya” yang ditayangkanmelalui LCD
0 Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.
0 Guru dan murid bersoal jawab mengenai lirik lagu dan seterusnya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
Nilai Hormat-menghormati & Kerjasama
Langkah 1 (10 minit)
0 Guru memaparkan gambar aktiviti mengemas rumah. Murid diminta meneliti
gambar dan menerangkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga
berdasarkan pengalaman sedia ada murid.
gambar dan menerangkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga
berdasarkan pengalaman sedia ada murid.
0 Berdasarkan gambar, tarik perhatian murid untuk memahami peranan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga.
0 Guru nenerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.
Langkah 2 (20 minit)
0 Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
0 Material monitor mengambil kad aktiviti/situasi dari meja guru.
0 Murid membuat perbincangan tentang watak yang akan dimainkan oleh setiap ahli dalam kumpulan.
0 Dengan isyarat guru , murid melakonkan peranan masing-masing seperti yang ditetapkan mengikut situasi dalam kad situasi/aktiviti.
0 Setiap kumpulan dibahagikan dengan kad situasi yang berikut ;
0 Situasi 1 : Di ruang tamu
0 Situasi 2 : Mencuci Kereta
0 Situasi 3 : Membersihkan Kawasan Rumah
0 Situasi 4 : Mengemaskan Bilik Tidur
Langkah 3 (20 minit)Menghasilkan Buku Skrap Keluarga Asas
0 Murid dibahagi kepada empat kumpulan.
0 Material monitor mengambil pen marker, kertas template buku skrap, gunting, gam dan gambar-gambar dari meja guru.
0 Guru menunjukkan contoh buku skrap keluarga yang bertujuan untuk mengenali dan menghargai anggota keluarga asas kepada murid.
0 Berdasarkan contoh dan penerangan guru, murid diminta secara individu menghasilkan sebuah buku skap mengenai profil keluarga masing-masing dengan berlatarbelakangkan muzik.
0 Murid membuat gallery tour supaya dapat memerhatikan buku skrap yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain.
0 Murid secara rawak diminta merumuskan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
Penutup (5 minit)
0 Guru bersama-sama muridmembuat rumusan bahawa keluarga akan bertambah erat sekiranya setiap anggota keluarga menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
0 Murid sekali lagi menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.
Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.
Refleksi :
Murid merasa seronok aktiviti pengajaran di adakan di makmal komputer. Murid juga merasa seronok apabila menyanyi ketika set induksi dan penutup dilakukan. Selain daripada itu murid lebih mempunyai perasaan ingin tahu apabila mengajar menggunakan slaid show power point.
Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran ialah guru telah berjaya menerap nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan melalui aktviti membuat buku skrap dalam kumpulan. Nilai positif iaitu kerjasama dan bertolak ansur.
Ahad, 23 Oktober 2011
Rancangan Persediaan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1
Mata Pelajaran :Dunia Sains dan Teknologi
Kelas :1Merah
Masa :10.30-11.30pagi
(1 Jam)
Bilangan Murid :40 orang
Tajuk :Tumbuh-tumbuhan
Objektif Pembelajaran :Di akhir pengajaran murid-murid dapat:
1. Mengetahui
bagaimana pokok ditanam.
2. Mengetahui
cara-cara menanam pokok.
3. Menyedari
bahawa tumbuhan adalah ciptaan Tuhan.
Konsep/Hukum teori :Dapat mengetahui cara-cara
menanam pokok dan
menyedari bahawa tumbuh-tumbuhan
adalah
ciptaan Tuhan.
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1. Carta
cara-cara menanam pokok.
2. Tanah,
baja, biji benih, keratan batang, daun, air dan penyodok kecil dan sarung
tangan.
Langkah berjaga-jaga: Murid-murid diingatkan
supaya mematuhi arahan guru semasa
menjalankan aktiviti menanam pokok dan menggunakan
peralatan dengan betul.
Fasa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Permulaan/
Mencungkil idea
(5
min)
|
Mengetahui
bagaimana tumbuhan ditanam, contohnya melalui biji benih, keratan batang dan
daun.
|
Guru
bertanya tentang pokok ditanam dan mengemukakan soalan, contohnya :
bagaimanakah pokok ini ditanam? dan lain-lain.
|
Murid-murid
melihat carta yang ditunjukkan.
|
Murid-murid
menjalankan aktiviti di Makmal Sains.
|
Menstruktur
semula
(40
min)
|
Mengetahui
cara-cara menanam pokok.
|
Guru
menunjukkan cara-cara menanam pokok betik dan pokok serai.
Guru
membahagikan murid-murid kepada 8 kumpulan.
Guru
mengedarkan bahan-bahan dan peralatan tanaman kepada setiap kumpulan.
|
Murid-murid
melihat tunjukcara guru.
Murid-murid
berada dalam kumpulan dan mendengar penerangan.
|
Murid-murid
akan bersoal jawab dengan guru setelah melihat tunjukcara guru.
|
Aplikasi
Idea
(10
min)
|
Mempelajari
cara-cara menanam pokok daripada anak
pokok, biji benih, keratan batang dan daun.
|
Guru
melihat aktiviti murid menanam pokok
mengikut kumpulan.
|
Murid-murid
menanam pokok secara berkumpulan samada dengan biji benih, anak pokok,
keratan batang atau daun.
|
Murid-murid
aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan
|
Refleksi/
Penutup
(5min)
|
Mengetahui
bagaimana pokok ditanam.
|
Guru
menerangkan giliran tugas menyiram tanaman mengikut giliran dalam kumpulan.
|
Murid-murid
akan mematuhi arahan giliran tugas
supaya pokok tumbuh dengan subur.
|
Murid-murid
akan memerhatikan pertumbuhan tanaman mereka setiap hari.
|
Refleksi selepas
pengajaran.
1 .
(A)
Perkara yang baik dalam pengajaran.
1.1
Suasana
pembelajaran di luar bilik darjah.
Pendekatan
pengajaran di luar bilik darjah (Taman Sains Sekolah) telah berjaya merangsang
minat murid untuk memahami isi pelajaran pada kadar maksima. Kaedah pembelajaran
seperti ini telah berjaya membawa murid menerokai alam semula jadi yang
sebenar.Murid kelihatan sangat seronok untuk belajar dan memberi komitmen yang
sangat baik kepada guru bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Dalam situasi ini murid dapat melihat, menyentuh dan mengalami sendiri maksud
isi pelajaran seperti menyentuh daun,batang,bunga,buah dan biji serta murid
berpeluang menanam sendiri tumbuhan di sekolah dan di rumah.
1.2
Penerapan
nilai yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam
pengajaran dan pembelajaran tajuk ini guru telah berjaya menerapkan nilai-nilai
positif melalui pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan.Contoh nilai yang berjaya diterap ialah konsep kerjasama dalam
kumpulan seperti mereka memberi komitmen yang baik di antara ahli kumpulan
semasa aktiviti menanam pokok.
Contoh
nilai seterusnya ialah mematuhi arahan guru. Murid-murid kelihatan berdisiplin
dan mematuhi setiap arahan guru seperti larangan guru memetik sebarang tumbuhan
yang ada di Taman Sains.
Guru
juga berjaya menerap nilai bersyukur
seperti menghargai sumbangan alam sekitar kepada kehidupan manusia dan
keseimbangan alam.
1 (B) Perkara yang boleh dibaiki.
1.3
Masa
pengajaran yang kurang sesuai.
Memandangkan
masa pengajaran dan pembelajaran ini berjalan pada pukul 10.30 -11.30 pada
setiap minggu, tumpuan murid kurang kerana keadaan cuaca di Taman Sains yang
agak panas.
2.Pengajaran guru boleh dibaiki dengan cara :
2.1 Guru menetapkan masa ketika aktiviti di Taman Sains
mengelakkan murid
berada lama di Taman Sains terutama ketika cuaca panas.
berada lama di Taman Sains terutama ketika cuaca panas.
Langgan:
Catatan (Atom)