Rancangan Mengajar Harian


Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 4 Biru
Bilangan pelajar : 35 orang
Tema : 1. RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA
Topik : 1.3. Jenis-jenis rumah di Malaysia
Perincian : Rumah-rumah di Malaysia
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid mengetahui sejarah awal penempatan manusia, rumah                                               di Malaysia dan Negara lain.
                                       2. Murid berkebolehan dalam menggunakan komputer contohnya 
                                           internet dan email.
                                       3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Powerpoint,
                                           MS Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid-                                            murid dapat:
                                    1.   Menyatakan 3 daripada 5 jenis reka bentuk rumah di Malaysia.
                                    2.   Menamakan 4 daripada 5 contoh rumah di Malaysia.
                                    3.   Menamakan 2 contoh rumah moden di Malaysia.
                                    4.   Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian MS Word,
                                          MS Excel dan MS Powerpoint.
Isi-isi pelajaran :         1.   Menyatakan jenis-jenis rumah di Malaysia.
                                   2.   Menamakan contoh rumah tradisional dan rumah moden
                                         di Malaysia.
                                   3.   Menyatakan rekabentuk dan keistimewaan jenis-jenis rumah.
Unsur patriotisme :    1.   Berbangga dengan nilaiestetika seni binaan rumah di Negara
                                         kita.
                                   2.   Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri.
Media pengajaran :  Komputer, projekter LCD, CD dan lembaran kerja.
Bahan rujukan :  Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Tahun
                            4, internet.
Langkah-langkah keselamatan : Pastikan murid-murid mengikuti peraturan penggunaan
                                                    komputer dengan betul.
Baca seterusnya
Set induksi (5 minit) : Guru menunjukkan slaid orang yang merempat.Guru
                                     bertanyakan beberapa soalan kepada murid berkenaan gambar
                                     tersebut.
                                     Soalan-soalan yang dikemukakan:
                                                i.          Apa yang dapat anda lihat ?
                                                ii.         Siapakah orang yang ada di dalam gambar itu ?
                                                iii.        Dimanakah dia tinggal ?
                                                iv.        Kenapa dia tinggal di sini ?
                                                v.         Adakah anda ingin menolongnya ?
LANGKAH
ISI PELAJARAN
KAEDAH PENYAMPAIAN






Langkah
1
( 10 minit )
















Langkah
2
( 20 minit )
(i) Rumah tradisional
  - Rumah panjang yang terdapat
     di Sarawak.
  - Rumah Minangkabau yang
    terdapat di Negeri Sembilan.
  - Rumah Melayu Melaka yang
    terdapat di Melaka.
  - Rumah Bagan yang dibina
    di atas air yang terdapat
    di Sabah.
 ii) Rumah Moden
  - Banglo
  - Rumah Teres
  - Rumah Pangsa
  - Rumah Berkembar
  - Kondominium
  i) Ciri-ciri rumah tradisional.
  - Rekabentuk
  - Keistimewaannya
  ii) Ciri-ciri rumah moden
  - Rekabentuk
  - Keistimewaannya

































  - Rumah
Guru meminta murid-murid
Menyaksikan movie maker yang ditayangkan melalui CD.
Guru meminta murid-murid membuat catatan mengenai persembahan movie maker tersebut.
Maklumat yang perlu dicatat ialah :
             1. Nama rumah
             2. Lokasi
Guru memanggil beberapa orang murid untuk menulis di papan tulis dan menyatakan jenis dan nama rumah yang terdapat di Malaysia.



Mengakses internet dan menghasilkan tugasan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan kecil (mengikut tahap kemampuan) bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.
Kumpulan Rumah Panjang
  - Dikehendaki mencari maklumat   tentang rumah panjang dari segi reka bentuk dan keistimewaannya.
  - Tulis dapatan kumpulan dalam lembaran kerja yang disediakan.
Kumpulan Rumah Minangkabau
  - Dikehendaki mencari maklumat tentang rumah Minangkabau dari segi reka bentuk dan keistimewaannya.
  - Tulis dapatan kumpulan dalam lembaran kerja yang disediakan.
Kumpulan Rumah Limas
  - Dikehendaki mencari maklumat tentang rumah Limas dari segi reka bentuk dan keistimewaannya.
  - Tulis dapatan kumpulan dalam lembaran kerja yang disediakan.
Kumpulan Rumah Teres
  - Dikehendaki mencari maklumat tentang rumah Teres dari segi reka bentuk dan keistimewaannya.
  - Tulis dapatan kumpulan dalam lembaran kerja yang disediakan.
Kumpulan Rumah Pangsa
  - Dikehendaki mencari maklumat tentang rumah Pangsa dari segi reka
bentuk dan keistimewaannya.
  - Tulis dapatan kumpulan dalam lembaran kerja yang disediakan.









Langkah
3
( 15 minit )
  i) Rumah Panjang
  - maklumat rumah panjang dari
    segi :
 1) Rekabentuk
 2) Keistimewaannya
  ii) Rumah Minangkabau
  - maklumat rumah Minangkabau
    dari segi :    
 1) Rekabentuk
 2) Keistimewaannya
  iii) Rumah Limas
  - maklumat rumah Limas
    dari segi :    
 1) Rekabentuk
 2) Keistimewaannya
  iv) Rumah Teres
  - maklumat rumah Teres
    dari segi :    
 1) Rekabentuk
 2) Keistimewaannya
  v) Rumah Pangsa
- maklumat rumah Pangsa
    dari segi :    
 1) Rekabentuk
 2) Keistimewaannya

Guru meminta murid-murid memuat turun maklumat dari internet ke MS Word.
Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.
Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas dengan menggunakan MS Word.
Setiap kumpulan akan memurnikan tugasan mereka dengan bimbingan guru.





Langkah
4
( 10 minit )
Latihan bertulis
(rujuk lembaran kerja)
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan rakan arahan yang berkaitan.
Semua murid menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.
Semua jawapan dikumpulkan setelah masa tamat.
Guru menyoal murid dan membimbing mereka membuat kesimpulan pelajaran.
Akhir sekali, guru memberi tugasan membuat buku skrap dalam kumpulan dan menyiapkannya di rumah.





Penutup
( 2 minit )
Jenis rumah di Malaysia:
  i) Rumah Tradisional
  ii) rumah Moden
Guru bersoal jawab secara lisan berkaitan dengan jenis-jenis dan nama-nama rumah di Malaysia.
(i) Rumah Panjang
  - maklumat rumah panjang dari
    segi :
 1) Rekabentuk
 2) Keistimewaannya
1. Namakan tiga contoh rumah tradisional di Malaysia yang anda telah pelajari?
2. Namakan tiga contoh rumah moden di Malaysia yang anda telah pelajari?
3. Nyatakan tiga daripada lima jenis rekabentuk rumah di Malaysia?
4. Nyatakan tiga daripada lima keistimewaan  rumah di Malaysia?

                                             
Kesimpulan : Negara kita mempunyai 2 jenis rumah iaitu rumah tradidisional dan moden.    Rumah Tradisional masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dahulu. Kebanyakkan diperbuat daripada kayu. Rumah Moden pula mempunyai reka bentuk yang baru mengikut perkembangan semasa. Bahan utama binaannya ialah batu-bata dan simen.

Penilaian : Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.

Tugasan : Membuat buku skrap dalam kumpulan (kumpulan dalam langkah 2) Murid di minta mencari gambar-gambar rumah mengikut jenis-jenis yang dinyatakan. Murid-murid juga disuruh membuat catatan tentang reka bentuk dan keistimewaannya tentang rumah-rumah berkenaan. Mereka diberi masa seminggu untuk menyiapkannya.

Refleksi : 


  Murid merasa seronok aktiviti pengajaran di adakan di makmal komputer. Murid juga merasa seronok apabila menonton berkaitan dengan bentuk rumah pada skrin makmal komputer,

 Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran ialah guru telah berjaya menerap nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalan kan melalui aktviti membuat buku skrap dalam kumpulan. Nilai positif iaitu kerjasama dan bertolak ansur.

Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.





Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 5 Biru
Bilangan pelajar : 38 orang
Tema : 3 (Mengenal Negara Kita)
Sub. Topik : Tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid mengetahui nama-nama haiwan dan tumbuh-
                                           tumbuhan.
                                       2. Murid berkebolehan dalam menggunakan computer contohnya
                                           internet.
                                       3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Power Point, MS
                                           Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid-
                                  murid dapat :
                                  1. Menyatakan 3 daripada 5 jenis hutan semulajadi di Malaysia.
                                  2. Menamakan 4 jenis tumbuhan daripada 5 jenis hutan semulajadi
                                      di Malaysia.
                                  3. Menamakan 3 contoh hidupan liar daripada 5 jenis hutan
                                      semulajadi di Malaysia.
                                  4. Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian MS Word, MS
                                      Excel, MS Power Point dan internet.
Isi-isi pelajaran : 1. Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                               yang terdapat di Malaysia.
                            2. Menjelaskan jenis habitat tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan
                                liar.
Unsur patriotisme : 1. Berbangga dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                                    yang terdapat di Malaysia.
                                2. Menghargai kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
                                    hidupan liar.
Media pengajaran : Komputer, projector LCD  dan lembaran kerja.
Bahan rujukan : Peta Malaysia, Buku Teks Kajian Tempatan tahun 5, Internet.
Langkah-langkah Keselamatan : Memastikan murid-murid mengikuti peraturan
                                                     penggunaan komputer dengan betul.
Set Induksi (5 minit) :
            - Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar.
            - Persembahan movie maker sebagai bahan bantu mengajar yang mengaitkan
              tajuk pelajaran.
            - Soalan-soalan yang dikemukakan :
                        i) Apa yang anda dapat lihat?
                        ii) Apakah nama haiwan-haiwan liar yang telah anda lihat dalam gambar
                            tersebut?
                        iii) Namakan jenis-jenis hutan yang anda lihat?
                        iv) Apakah nama tumbuhan yang anda dapat lihat dari gambar yang
                            ditunjukkan.
             - Murid memerhati, berfikir dan memberi maklum balas mengenai gambar yang
               ditunjukkan.

Baca Selanjutnya

LANGKAH
ISI PELAJARAN
KAEDAH PENYAMPAIAN
       

Langkah
1
(15 Minit)

Tumbuhan Semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.
- Hutan Hujan Tropika  
- Hutan Paya Air Masin
- Hutan Paya Air Tawar
- Hutan Gunung
- Hutan Pantai

Guru meminta murid-murid menyaksikan movie maker yang di tayangkan melalui CD.
- Murid menyaksikan dan membuat catatan mengenai persembahan movie maker untuk memahami isi pelajaran.








Langkah
2
(20 Minit)

Kumpulan Hutan Hujan Tropika
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hutan hujan semulajadi supaya ia tidak pupus.
Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hidupan liar supaya tidak pupus.
Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan sungai supaya tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Gunung
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan gunung sebagai kawasan tadahan air supaya air tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Pantai
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan  supaya pantai tidak tercemar oleh sampah sarap.

Guru menerangkan tentang jenis hutan, tumbuhan dan haiwan liar menggunakan MS Power Point.
Murid membuka computer fail MS Power Point dan MS Excel untuk menjawab soalan objektif interaktif dan memahami tugasan yang di beri.
Perbincangan dalam kumpulan kecil (mengikut tahap kemampuan) bagi menyelesaikan tugasan yang di beri dengan mengakses dari internet.

















Langkah
3
(15 Minit)

Kumpulan Hutan Hujan Tropika
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hutan hujan semulajadi supaya ia tidak pupus.
Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hidupan liar supaya tidak pupus.
Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan sungai supaya tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Gunung
Membentangkan langkah-langkah
untuk mengekalkan kawasan gunung sebagai kawasan tadahan air supaya air tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Pantai
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan  supaya pantai tidak tercemar oleh sampah sarap.

Mengadakan sesi perbentangan.
Wakil daripada setiap kumpualn membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas dengan menggunakan MS Word.
Setiap kumpulan akan memurnikan tugasan mereka dengan bimbingan guru.



Penutup
(5 Minit)

Tumbuh-tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar.
Jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di Malaysia:
- Kumpulan Hutan Hujan Tropika
- Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
- Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin

- Kumpulan  Hutan  Gunung
- Kumpulan  Hutan  Pantai


Penilaian rakan sebaya dan guru mengemukakan soalan secara lisan atau bersoal jawab secara lisan tentang rumusan pelajaran hari tersebut.
Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah seperti :-

1. Nyatakan 3 daripada 5 jenis
    hutan semujadi di Malaysia?
2. Namakan 4 jenis tumbuhan
    daripada 5 jenis hutan
    semulajadi di Malaysia?
3. Namakan 3 contoh hidupan liar
    daripada 5 jenis hutan
    semulajadi di Malaysia?

Strategi Pengajaran – Kaedah Perbincangan

            Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
            Untuk mencapai objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
            Justeru itu, di dalam menyediakan rancangan pengajaran, kami telah memilih satu strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar kami iaitu kaedah perbincangan.
            Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainkan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan serta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu controversial. Kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan deduktif.
            Untuk memulakan variasi perbincangan ini, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh  pelajar terlebih dahulu. Sebagai contoh tajuk yang hendak diperbincangkan ialah “Tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar di Malaysia”.selepas tajuk atau masalah dijelaskan pelajar-pelajar diminta untuk memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki melalui pengalaman dan pengetahuan sedia mereka.
            Terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti untuk memastikan kaedah perbincangan dilaksanakan dengan jayanya. Diantaranya ialah kenali pelajar perlu ada perancangan mengenali diantara satu sama lain, menghargai semua komen dan soalan, mengintegrasikan respon pelajar dalam perbincangan, memulakan dengan soalan terbuka, bertanyakan soalan yang boleh memberi jawapan, elakkan pelajar daripada hanya memberi maklumat, fungsi penyoalan, memastikan semua murid melibatkan diri dan yang terakhirnya membuat susunan, rumusan serta sintesis.
            Berdasarkan persediaan mengajar yang telah disediakan, kaedah perbincangan telah disediakan dalam langkah yang kedua, dimana dalam langkah tersebut murid-murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan kecil (mengikut tahap kemampuan) bagi menyelesaikan tugasan yang diberi dengan mengakses dari internet.Contohnya
Kumpulan Hutan Hujan Tropika
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hutan hujan semulajadi supaya ia tidak pupus.
Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hidupan liar supaya tidak pupus.
Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan sungai supaya tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Gunung
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan gunung sebagai kawasan tadahan air supaya air tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Pantai
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan  supaya pantai tidak tercemar oleh sampah sarap.                                         
 Bila sesuatu sesi perbincangan tamat maka setiap kumpulan diminta menghantar seorang pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu. 

Refleksi : 


  Murid merasa seronok aktiviti pengajaran di adakan di makmal komputer. Murid juga merasa seronok apabila boleh menerokai aktiviti pembelajaran menggunakan peralatan yang ada di makmal komputer contohnya mengakses internet sambil dibimbing oleh guru. Selain daripada itu murid seronok apabila menonton berkaitan dengan hidupan liar dan tumbuhan semulajadi pada skrin makmal komputer,

 Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran ialah guru telah berjaya menerap nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan melalui aktviti perbincangan dalam kumpulan. Nilai positif iaitu kerjasama dan bertolak ansur serta berani dan yakin pada diri sendiri ketika di minta melakukan pembentangan.

Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.





Mata Pelajaran                :Dunia Sains dan Teknologi
Kelas                               :1Merah
 Masa                               :10.30-11.30pagi (1 Jam)
  Bilangan Murid                 :40 orang
  Tajuk                              :Tumbuh-tumbuhan
  Objektif Pembelajaran    :Di akhir pengajaran murid-murid dapat:
   1.     Mengetahui bagaimana pokok ditanam.
  2.    Mengetahui cara-cara menanam pokok.
 3.    Menyedari bahawa tumbuhan adalah ciptaan Tuhan.
Konsep/Hukum teori :Dapat mengetahui cara-cara menanam pokok dan  
                                menyedari  bahawa tumbuh-tumbuhan adalah  
                                ciptaan Tuhan.                       
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1.     Carta cara-cara menanam pokok.
2.    Tanah, baja, biji benih, keratan batang, daun, air dan penyodok kecil dan sarung tangan.
Langkah berjaga-jaga: Murid-murid diingatkan supaya mematuhi arahan guru semasa 
                                 menjalankan aktiviti menanam pokok dan menggunakan   
                                 peralatan  dengan betul.





Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/ Mencungkil idea
(5 min)
Mengetahui bagaimana tumbuhan ditanam, contohnya melalui biji benih, keratan batang dan daun.
Guru bertanya tentang pokok ditanam dan mengemukakan soalan, contohnya : bagaimanakah pokok ini ditanam? dan lain-lain.

Murid-murid melihat carta yang ditunjukkan.
Murid-murid menjalankan aktiviti di Makmal Sains.
Menstruktur semula
(40 min)
Mengetahui cara-cara menanam pokok.
Guru menunjukkan cara-cara menanam pokok betik dan pokok serai.

Guru membahagikan murid-murid kepada 8 kumpulan.

Guru mengedarkan bahan-bahan dan peralatan tanaman kepada setiap kumpulan.

Murid-murid melihat tunjukcara guru.

Murid-murid berada dalam kumpulan dan mendengar penerangan.
Murid-murid akan bersoal jawab dengan guru setelah melihat tunjukcara guru.
Aplikasi Idea
(10 min)
Mempelajari cara-cara menanam pokok daripada anak  pokok, biji benih, keratan batang dan daun.
Guru melihat aktiviti  murid menanam pokok mengikut kumpulan.
Murid-murid menanam pokok secara berkumpulan samada dengan biji benih, anak pokok, keratan batang atau daun.



Murid-murid aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan
Refleksi/
Penutup
(5min)
Mengetahui bagaimana pokok ditanam.
Guru menerangkan giliran tugas menyiram tanaman mengikut giliran dalam kumpulan.
Murid-murid akan mematuhi arahan  giliran tugas supaya pokok tumbuh dengan subur.



Murid-murid akan memerhatikan pertumbuhan tanaman mereka setiap hari.

 
Refleksi selepas pengajaran.
 
      1 .     (A) Perkara yang baik dalam pengajaran.

 1.1    Suasana pembelajaran di luar bilik darjah.
Pendekatan pengajaran di luar bilik darjah (Taman Sains Sekolah) telah berjaya merangsang minat murid untuk memahami isi pelajaran pada kadar maksima. Kaedah pembelajaran seperti ini telah berjaya membawa murid menerokai alam semula jadi yang sebenar.Murid kelihatan sangat seronok untuk belajar dan memberi komitmen yang sangat baik kepada guru bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Dalam situasi ini murid dapat melihat, menyentuh dan mengalami sendiri maksud isi pelajaran seperti menyentuh daun,batang,bunga,buah dan biji serta murid berpeluang menanam sendiri tumbuhan di sekolah dan di rumah.

1.2   Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk ini guru telah berjaya menerapkan nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.Contoh nilai yang berjaya diterap ialah konsep kerjasama dalam kumpulan seperti mereka memberi komitmen yang baik di antara ahli kumpulan semasa aktiviti menanam pokok.
Contoh nilai seterusnya ialah mematuhi arahan guru. Murid-murid kelihatan berdisiplin dan mematuhi setiap arahan guru seperti larangan guru memetik sebarang tumbuhan yang ada di Taman Sains.
Guru juga  berjaya menerap nilai bersyukur seperti menghargai sumbangan alam sekitar kepada kehidupan manusia dan keseimbangan alam.
1 (B) Perkara yang boleh dibaiki.
1.3   Masa pengajaran yang kurang sesuai.
Memandangkan masa pengajaran dan pembelajaran ini berjalan pada pukul 10.30 -11.30 pada setiap minggu, tumpuan murid kurang kerana keadaan cuaca di Taman Sains yang agak panas.
2.Pengajaran guru boleh dibaiki dengan cara :
           2.1  Guru  menetapkan masa ketika aktiviti di Taman Sains mengelakkan murid     
                   berada  lama di Taman Sains terutama ketika cuaca panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan