Ahad, 2 Oktober 2011

PROJEK KEWARGANEGARAAN



 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran
PENDIDIKAN SIVIK DAN  KEWARGANEGARAAN

PROJEK KEWARGANEGARAAN

Projek Kewarganegaraan merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Projek Kewarganegaraan ialah kerj amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendak menjalankan satu Projek Kewarganegaraan sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan dalam bentuk portfolio. Melalui projek in murid diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik

Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegar yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan muri menjalankan kerja projek mengikut tema seperti dalam senarai cadanga di bawah. Namun begitu, guru dan murid boleh memilih projek lain yan difikirkan sesuai dengan persekitaran, tahap dan pencapaian murid.

Tahun
T ema
Cadangan Projek
4

· Sayangi Diri


· Sayangi Keluarga

-  Brosur Penjagaan Kesihatan Diri
-  Brosur Penjagaan Keselamatan Diri

-  Projek Hari Ibu Bapa
- Membina Pokok Curahan Kasih Keluarga
- Membuat Folio – Ibuku Sayang
- Kempen Budaya Sopan
5

· Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat



· Kenali Budya Malaysia
-  Projek Menceriakan Sekolah
-  Projek Menghijaukan Sekolah
-  Projek Haiwan Peliharaan
-  Projek Membersihkan Jalan/Pantai/Tempat Rekreasi/

-  Tempat Beribadat di Kawasan Setempat
-  Projek Lagu Tempatan
-  Sudut Maklumat Adat Resam Kaum
-  Hari Kebudayaan Pelbagai Kaum
-  Projek Mengenali Bahasa-bahasa di Malaysia
6

· Malaysia Negaraku



· Sedia Hadapi Cabaran

-  Projek Bendera Sekolah/Negeri/Jalur Gemilang
-  Projek Menghargai Tokoh-tokoh Kebanggaan Negara
-  Brosur Tempat-tempat Menarik di Malaysia

-  Pusat Aduan Murid
-  Kempen Sifar Ponteng
-  Kempen Anti Merokok
-  Kempen Pengukuhan Bahasa Inggeris
-  Stesen Radio Sekolah



Strategi Pelaksanaan
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid  tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.


Penilaian
Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan laporan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan