Sabtu, 26 November 2011

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun 5

  Nama Kelas     :   Lima Hijau
  Tema                :   Persekitaran
  Tajuk                :   Haiwan kesayangku
 
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
  1. Menyampaikan cerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai berdasarkan petikan .
  2. Melakonkan watak-watak secara spontan berdasarkan tajuk.
  3. Menulis ayat berdasarkan gambar atau ilustrasi yang dihasilkan.
 
Fokus utama :
  3.3  Aras       1 (ii)  Menyampaikan cerita dengan diksi yang telah dipilih.
  2.0 Aras       3 (i)   Menerangkan watak dalam cerita.

Fokus Sampingan :
   8.4 Aras       2(i)    Membina ayat huraian berdasarkan isi utama.

Kemahiran Bahasa :  Mendengar dan Bertutur, Membaca
 
Sistem Bahasa      : Tatabahasa – kata kerja dan kata adjektif
 
Kosa Kata            : dimakan, kecil, tulang

Pengetahuan sedia ada :      
  1. Pernah ikan dan memelihara ikan di rumah
  2. Pengalaman pergi ke pasar tani menjual pelbagai jenis ikan
  3. Murid pernah melakukan aktiviti menyanyi dan bercerita serta lakonan sambil membuat pergerakan.

Ilmu : Sastera, sains, kreativiti,sosioemosi, pendidikan moral
 
Nilai : Kesyukuran, kasih sayang, mencintai alam dan menghargai persekitaran
 
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):         
 
Kecerdasan Pelbagai – Verbal-Linguistik
 
Kemahiran Berfikir – Menjana Idea

Pengabungjalinan / hubungkait : Seni dalam pendidikan
                                   Muzik : Nyanyian Ikan Kekek
                           Seni Visual : Menghasilkan ilustrasi berdasarkan tajuk
                                                  Ikan-ikanku
                           Pergerakan : Melakukan gerakan kreatif gaya ikan
 
BMB      : Power point, petikan, kertas manila, warna krayon, rakaman muzik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan