Selasa, 29 November 2011

Rancangan Persediaan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5



Kajian Tempatan
Kelas : Tahun 5 Biru
Bilangan pelajar : 38 orang
Tema : 3 (Mengenal Negara Kita)
Sub. Topik : Tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid mengetahui nama-nama haiwan dan tumbuh-
                                           tumbuhan.
                                       2. Murid berkebolehan dalam menggunakan computer contohnya
                                           internet.
                                       3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Power Point, MS
                                           Word dan MS Excel.
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharap murid-
                                  murid dapat :
                                  1. Menyatakan 3 daripada 5 jenis hutan semulajadi di Malaysia.
                                  2. Menamakan 4 jenis tumbuhan daripada 5 jenis hutan semulajadi
                                      di Malaysia.
                                  3. Menamakan 3 contoh hidupan liar daripada 5 jenis hutan
                                      semulajadi di Malaysia.
                                  4. Menyelesaikan tugasan menggunakan perisian MS Word, MS
                                      Excel, MS Power Point dan internet.
Isi-isi pelajaran : 1. Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                               yang terdapat di Malaysia.
                            2. Menjelaskan jenis habitat tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan
                                liar.
Unsur patriotisme : 1. Berbangga dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                                    yang terdapat di Malaysia.
                                2. Menghargai kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan
                                    hidupan liar.
Media pengajaran : Komputer, projector LCD  dan lembaran kerja.
Bahan rujukan : Peta Malaysia, Buku Teks Kajian Tempatan tahun 5, Internet.
Langkah-langkah Keselamatan : Memastikan murid-murid mengikuti peraturan
                                                     penggunaan komputer dengan betul.
Set Induksi (5 minit) :
            - Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar.
            - Persembahan movie maker sebagai bahan bantu mengajar yang mengaitkan
              tajuk pelajaran.
            - Soalan-soalan yang dikemukakan :
                        i) Apa yang anda dapat lihat?
                        ii) Apakah nama haiwan-haiwan liar yang telah anda lihat dalam gambar
                            tersebut?
                        iii) Namakan jenis-jenis hutan yang anda lihat?
                        iv) Apakah nama tumbuhan yang anda dapat lihat dari gambar yang
                            ditunjukkan.
             - Murid memerhati, berfikir dan memberi maklum balas mengenai gambar yang
               ditunjukkan.

Baca Selanjutnya


LANGKAH
ISI PELAJARAN
KAEDAH PENYAMPAIAN
       

Langkah
1
(15 Minit)

Tumbuhan Semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.
- Hutan Hujan Tropika  
- Hutan Paya Air Masin
- Hutan Paya Air Tawar
- Hutan Gunung
- Hutan Pantai

Guru meminta murid-murid menyaksikan movie maker yang di tayangkan melalui CD.
- Murid menyaksikan dan membuat catatan mengenai persembahan movie maker untuk memahami isi pelajaran.








Langkah
2
(20 Minit)

Kumpulan Hutan Hujan Tropika
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hutan hujan semulajadi supaya ia tidak pupus.
Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hidupan liar supaya tidak pupus.
Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan sungai supaya tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Gunung
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan gunung sebagai kawasan tadahan air supaya air tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Pantai
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan  supaya pantai tidak tercemar oleh sampah sarap.

Guru menerangkan tentang jenis hutan, tumbuhan dan haiwan liar menggunakan MS Power Point.
Murid membuka computer fail MS Power Point dan MS Excel untuk menjawab soalan objektif interaktif dan memahami tugasan yang di beri.
Perbincangan dalam kumpulan kecil (mengikut tahap kemampuan) bagi menyelesaikan tugasan yang di beri dengan mengakses dari internet.

















Langkah
3
(15 Minit)

Kumpulan Hutan Hujan Tropika
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hutan hujan semulajadi supaya ia tidak pupus.
Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hidupan liar supaya tidak pupus.
Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan sungai supaya tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Gunung
Membentangkan langkah-langkah
untuk mengekalkan kawasan gunung sebagai kawasan tadahan air supaya air tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Pantai
Membentangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan  supaya pantai tidak tercemar oleh sampah sarap.

Mengadakan sesi perbentangan.
Wakil daripada setiap kumpualn membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas dengan menggunakan MS Word.
Setiap kumpulan akan memurnikan tugasan mereka dengan bimbingan guru.



Penutup
(5 Minit)

Tumbuh-tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar.
Jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di Malaysia:
- Kumpulan Hutan Hujan Tropika
- Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
- Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin

- Kumpulan  Hutan  Gunung
- Kumpulan  Hutan  Pantai


Penilaian rakan sebaya dan guru mengemukakan soalan secara lisan atau bersoal jawab secara lisan tentang rumusan pelajaran hari tersebut.
Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah seperti :-

1. Nyatakan 3 daripada 5 jenis
    hutan semujadi di Malaysia?
2. Namakan 4 jenis tumbuhan
    daripada 5 jenis hutan
    semulajadi di Malaysia?
3. Namakan 3 contoh hidupan liar
    daripada 5 jenis hutan
    semulajadi di Malaysia?


Strategi Pengajaran – Kaedah Perbincangan

            Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
            Untuk mencapai objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
            Justeru itu, di dalam menyediakan rancangan pengajaran, kami telah memilih satu strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar kami iaitu kaedah perbincangan.
            Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainkan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan serta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu controversial. Kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan deduktif.
            Untuk memulakan variasi perbincangan ini, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh  pelajar terlebih dahulu. Sebagai contoh tajuk yang hendak diperbincangkan ialah “Tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar di Malaysia”.selepas tajuk atau masalah dijelaskan pelajar-pelajar diminta untuk memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki melalui pengalaman dan pengetahuan sedia mereka.
            Terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti untuk memastikan kaedah perbincangan dilaksanakan dengan jayanya. Diantaranya ialah kenali pelajar perlu ada perancangan mengenali diantara satu sama lain, menghargai semua komen dan soalan, mengintegrasikan respon pelajar dalam perbincangan, memulakan dengan soalan terbuka, bertanyakan soalan yang boleh memberi jawapan, elakkan pelajar daripada hanya memberi maklumat, fungsi penyoalan, memastikan semua murid melibatkan diri dan yang terakhirnya membuat susunan, rumusan serta sintesis.
            Berdasarkan persediaan mengajar yang telah disediakan, kaedah perbincangan telah disediakan dalam langkah yang kedua, dimana dalam langkah tersebut murid-murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan kecil (mengikut tahap kemampuan) bagi menyelesaikan tugasan yang diberi dengan mengakses dari internet.Contohnya
Kumpulan Hutan Hujan Tropika
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hutan hujan semulajadi supaya ia tidak pupus.
Kumpulan Hutan Paya Air Tawar
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan hidupan liar supaya tidak pupus.
Kumpulan  Hutan  Paya Air Masin
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan sungai supaya tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Gunung
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan gunung sebagai kawasan tadahan air supaya air tidak tercemar.
Kumpulan  Hutan  Pantai
Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kawasan  supaya pantai tidak tercemar oleh sampah sarap.                                         
            Bila sesuatu sesi perbincangan tamat maka setiap kumpulan diminta menghantar seorang pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu. 

Refleksi : 


  Murid merasa seronok aktiviti pengajaran di adakan di makmal komputer. Murid juga merasa seronok apabila boleh menerokai aktiviti pembelajaran menggunakan peralatan yang ada di makmal komputer contohnya mengakses internet sambil dibimbing oleh guru. Selain daripada itu murid seronok apabila menonton berkaitan dengan hidupan liar dan tumbuhan semulajadi pada skrin makmal komputer,


 Penerapan nilai yang positif dalam pengajaran ialah guru telah berjaya menerap nilai-nilai positif melalui pemerhatian guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan melalui aktviti perbincangan dalam kumpulan. Nilai positif iaitu kerjasama dan bertolak ansur serta berani dan yakin pada diri sendiri ketika di minta melakukan pembentangan.

Guru menilai penguasaan murid melalui maklum balas terhadap soalan lisan, hasil kerja individu, hasil kerja kumpulan dan latihan bertulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan